assalamualaikum,
Terdetik dalam hati apa itu diploma perancang bandar dan wilayah. Dah semester 4 ni baru nak gatal tangan nak tulis. btw takpa lah. tapi ada orang baca juga ke, hem hem. hahaha -_-# .
kos ni senang je, bagi yang nak apply kos ni , syarat kena lulus spm, korang kena dapat 5 kredit untuk spm. kiranya korang lulus dalam mata pelajaran bm/matematik/sains dan dua mata pelajaran lain. kira okey dah. sejarah kena dapat kepujian juga ye. korang boleh rujuk kelayakan sini. syarat masuk uitm .
kos dip perancang bandar & wilayah ni hanya ada dekat uitm perak , kampus seri iskandar sahaja ye, jadi sesiapa yang dah diterima tu memang sah sah lah korang akan masuk sini. jangan perasan dapat dekat puncak alam ye. hahaha. sedih. eleh, seri iskandar best apa, ade mall besar besar macam billion tu -_-! ..
uitm seri iskandar, perak |
so akak2 abam2 yang bernasib baik sangat tu tahniah la yang dah diterima masuk. hoho . kalau boleh nak gelak kejam jap. takde lah, huhu kos ni biasa sahaja . tak susah sangat. korang akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan perancangan , prinsip2 teori perancangan , terms dalam perancangan cth: cul-de-sec macam tu.
kelas SUG111 . ika, paih, wan, ruza, hasrul, pit, ehsan . |
part 1 paling senang n ofkoss lah just belajar basic. lagi best kos ni tak banyak pengiraan. so yg benci matematik tu kira azab korang takde lah banyak. part 1 nanti korang cuma ada 7 subjek yang korang kena ambil. dan yang lagi best untuk final exam korang ada 3 paper je. taklah serabut kepala otak nak cover subjek banyak banyak kan.
site visit Jerantut, Pahang. AP111 3C/D |
Oh ye, akak2 abam2 yang masuk kos ni, korang patut bersyukur tau, sebab kos ni banyak merantau dekat negeri orang. kiranya satu semester tu korang akan jalan jalan dua tiga kali. ikut lecturer korang juga lah, batch aku masa part 1 dapat dekat nogori 9. part 2 putrajaya, perak, penang.part 3 jerantut pahang.
lepas site visit, lecturer bawa gi Genting. hoho |
Trips kami bukan makan angin ye. kene buat survey. keluar masuk hutan, tapi takde lah hutan tebal. just perkampungan kecil. lagi best lepas korang dah siap site visit, boleh lah mandi laut ke kolam renang ke depends on korang punyer tempat penginapan. Batch kami dapat chalet tepi pantai. tapi tak sempat nak ambik gambar..sebab semua dah terbongkang dalam bilik. penat. n dapat elaun trips. so kira duit takdelah barai.
yang ni no komen. sebab dah selesai site visit.so boleh lah begambar |
yg ni ketua2 kumpulan je |
so macam ni je lah yg boleh aku ceritakan. belajar tu kena lah belajar. kena fokus kalau nak dapat anugerah dekan. dalam ni semua yg best2 je aku tulis, belum masuk part yang emm. haha. malas nak tulis panjang panjang. nanti korang bosan pula. btw, tahniah kepada junior2 kos perancang bandar.
p/s-kalau ada kesalahan informasi tolong betulkan. tq .
Assalamualaikum wbt. :)
apa part yg emm tu bang?
ReplyDeleteDpt kos ni jgk ke??
ReplyDeleteIhsan..kamu dpt kos ini jgk ke?
ReplyDeletelepas abih course ni, boleh sambung degree yg sama atau boleh ambik Fakulti Alam Bina ( Arkitek)
ReplyDeleteNak tanya..time Interview memang kena lukis ii ke..sebab saya baru nak Interview..takut sikit..huhu
ReplyDelete