Tuesday, 3 May 2016

benci

Kenapa mesti ada benci ?

Benci bila sesuatu yang kita suka hilang . Benci bila orang yg kita sayang jauh . Benci bila ada masalah datang menerpa . Benci bila dikhianati kawan baik sendiri . Benci bila hati dah makin jauh dgn sang pencipta . Benci bila hati tak tenang . Benci bila hidup tak seperti yang diharapkan . Benci bila jauh dari mak ayah .

Nangis . ðŸ˜­

Allahuakhbar !

Sabar kunci kebahagiaan . Tolonglah bangkit . Demi diri sendiri .

Monday, 2 May 2016

'DIA sebaik-baik perancang 😊

'DIA sebaik-baik perancang ðŸ˜Š
Mulanya , aku belajar hanya untuk menjadi jurutera . Tapi nasib tak menyebelahi aku . Disebabkan keputusan pmr tak berapa nak cemerlang , aku di masukkan dalam aliran perdana . Ya aku akui , bukan minat dengan aliran aku yg sekarang . Tapi aku tak menyalahi diri aku sebab "baca tajuk" .
Selepas keputusan spm diumumkan , alhamdulillah walaupun keputusan agak lari sedikit dari target. Aku dimasukkan aliran praU ict . Mungkin ini adalah pilihan terbaik bagi aku untuk mengejar cita2. Jurutera perisian . tapi malangnya , aku terkandas ditengah jalan . Aku tak menyalahi diri aku sebab "baca tajuk".
Selepas diterima masuk Universiti , alhamdulillah . Walaupun bukan subjek pilihan . Tapi kini aku lebih selesa dan mudah bagi aku untuk memikul beban sebagai sorng pelajar perancang bandar. Alhamdulillah . kini Aku dah semester 4 . Segala2 mudah . Sebab ...
DIA sebaik-baik perancang ðŸ˜Š . . .

PENAWAR SAKIT HATI

PENAWAR SAKIT HATI via:fb Azhar Muhammad
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).

5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,
Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

Diam

Diam



Sometimes, silence can be good as golden. 

Diam bila tiada benda yang perlu diperkatakan. 

Diam bila sedang marah.

Diam dari bertelagah dan bertegang urat. 

Dan yang paling penting berdiam diri dari menaip atau post sesuatu
 yang dikhuatiri akan memberi mudarat (tidak berfaedah) untuk diri
 dan orang lain.

Diam...

Dip.Perancang Bandar & Wilayah UiTM

Dip Perancang Bandar & Wilayah uitm

assalamualaikum,


Terdetik dalam hati apa itu diploma perancang bandar dan wilayah. Dah semester 4 ni baru nak gatal tangan nak tulis. btw takpa lah. tapi ada orang baca juga ke, hem hem. hahaha -_-# .

kos ni senang je, bagi yang nak apply kos ni , syarat kena lulus spm, korang kena dapat 5 kredit untuk spm. kiranya korang lulus dalam mata pelajaran bm/matematik/sains dan dua mata pelajaran lain. kira okey dah. sejarah kena dapat kepujian juga ye. korang boleh rujuk kelayakan sini. syarat masuk uitm . 

kos dip perancang bandar & wilayah ni hanya ada dekat uitm perak , kampus seri iskandar sahaja ye, jadi sesiapa yang dah diterima tu memang sah sah lah korang akan masuk sini. jangan perasan dapat dekat puncak alam ye. hahaha. sedih. eleh, seri iskandar best apa, ade mall besar besar macam billion tu -_-! ..

uitm seri iskandar, perak


so akak2 abam2 yang bernasib baik sangat tu tahniah la yang dah diterima masuk. hoho . kalau boleh nak gelak kejam jap. takde lah, huhu kos ni biasa sahaja . tak susah sangat. korang akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dengan perancangan , prinsip2 teori perancangan , terms dalam perancangan cth: cul-de-sec macam tu. 

kelas SUG111 . ika, paih, wan, ruza, hasrul, pit, ehsan .

part 1 paling senang n ofkoss lah just belajar basic. lagi best kos ni tak banyak pengiraan. so yg benci matematik tu kira azab korang takde lah banyak. part 1 nanti korang cuma ada 7 subjek yang korang kena ambil. dan yang lagi best untuk final exam korang ada 3 paper je. taklah serabut kepala otak nak cover subjek banyak banyak kan.

site visit Jerantut, Pahang. AP111 3C/D

Oh ye, akak2 abam2 yang masuk kos ni, korang patut bersyukur tau, sebab kos ni banyak merantau dekat negeri orang. kiranya satu semester tu korang akan jalan jalan dua tiga kali. ikut lecturer korang juga lah, batch aku masa part 1 dapat dekat nogori 9. part 2 putrajaya, perak, penang.part 3 jerantut pahang.

lepas site visit, lecturer bawa gi Genting. hoho

Trips kami bukan makan angin ye. kene buat survey. keluar masuk hutan, tapi takde lah hutan tebal. just perkampungan kecil. lagi best lepas korang dah siap site visit, boleh lah mandi laut ke kolam renang ke depends on korang punyer tempat penginapan. Batch kami dapat chalet tepi pantai. tapi tak sempat nak ambik gambar..sebab semua dah terbongkang dalam bilik. penat. n dapat elaun trips. so kira duit takdelah barai.

yang ni no komen. sebab dah selesai site visit.so boleh lah begambar

yg ni ketua2 kumpulan je



so macam ni je lah yg boleh aku ceritakan. belajar tu kena lah belajar. kena fokus kalau nak dapat anugerah dekan. dalam ni semua yg best2 je aku tulis, belum masuk part yang emm. haha. malas nak tulis panjang panjang. nanti korang bosan pula. btw, tahniah kepada junior2 kos perancang bandar. 

p/s-kalau ada kesalahan informasi tolong betulkan. tq .
Assalamualaikum wbt. :)


format windows 8, 8.1, 10

assalamualaikum . 


cara mudah untuk yang nak format leptop korang tapi ofkoss nak yang percuma kan. -_-# . haha ok takpa. Agak lama juga aku kaji benda ni cara nak format leptop siap youtube lagi and at the end, aku pasrah sebab tak jumpa-jumpa. bukan tak jumpa, tapi penerangan yang diberikan kurang jelas dan banyak membebel bla..bla..bla..

okey lah . mari mula. tapi korang kena ingat selepas format leptop tu, leptop korang akan kosong back into like new. ok .

step 1: korang kena RESTART leptop.

step 2: bila leptop dah nak on semula , korang kena tekan SHIFT.

step 3: korang pilih options yang korang nak . ada 2 options ye . satu khas untuk format setting. yang kedua format all.

step 4: ambil masa dalam sejam. masa aku format leptop aku dalam 30minit je. sebab aku just format setting. 

okey. tu je lah penat nak taip panjang panjang. takut korang yang tengah tension nak format leptop tu makin tension pula. hoho -_-# . Oh ye, boleh je format dekat kedai, cuma mahal, kena bayar dalam rm45.00 lebih kurang. 

kalau ada masalah format leptop, komen dekat bawah ni ye. nanti aku cuba selesaikan. wassalam :)